Sunday, January 3, 2010

PEMBETULAN: PENDAFTARAN KURSUS (TERBARU)

Disebabkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, perjalanan pendaftaran untuk esok (4 Januari) terpaksa diubah dan kelas diadakan seperti biasa. Kami memohon seribu kemaafan berikutan perubahan ini yang dibuat atas arahan yang terbaru oleh Pihak KP sendiri. Sekian.  

Perkhidmatan Kaunter Pendaftaran Kursus Pelajar


Bagi membantu melicinkan perjalanan pendaftaran kursus, pihak Fakulti Perakaunan akan menyediakan kaunter perkhidmatan pendaftaran kursus pelajar seperti butiran berikut:-

Tempat:
Tingkat 12, berhadapan dengan Bilik Mesyuarat Fakulti Perakaunan

Tarikh:
4 - 6 Januari 2010

Masa :
10.00am - 1.00pm - Part 4 dan 5
2.00pm - 5.00pm - Part 6,8,9 & 10

Jenis Perkhidmatan kaunter yang disediakan:
Kaunter 1 - bagi pelajar yang tidak mempunyai masalah (pelajar mendaftar semua kursus dalam kumpulan yang sama)

Kaunter 2 & 3 - bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pendaftaran
kursus.

Para pelajar dinasihatkan agar mematuhi arahan yang diberikan bagi pendaftaran kursus seperti dibawah:-
* Jika anda mendaftar satu kursus/subjek dalam kumpulan D (sbg contoh) maka anda perlulah mendaftar kesemua subjek yang diambil dalam kumpulan yang sama (Kumpulan D)kecuali bagi mereka yang mengulang subjek (repeaters). Bagi yang repeaters, sila rujuk kepada email terdahulu kerana kumpulan subjek yang repeat telah diperuntukkan kepada anda.

* Sekiranya anda telah mendaftar dalam kumpulan yang bercampur-aduk, maka anda perlulah mengugurkan semula kursus/subjek dalam kumpulan yang bercampur-aduk itu, dan mendaftar semula dalam kumpulan yang sama. Bagi pelajar yang mengulang, anda dibenarkan untuk mengambil subjek repeat dalam kumpulan yang berlainan iaitu dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Perkara ini merupakan atas arahan Dekan Fakulti Perakaunan.

* Setelah berjaya mendaftar kursus tersebut, anda diminta untuk mencetak salinan daftar kursus sebanyak 2 salinan, dan perlulah menyerahkan satu salinan ke kaunter 1 bagi mendapatkan pengesahan pensyarah yang bertugas. Satu salinan lagi akan disimpan oleh pelajar itu sendiri.

* Bagi pelajar yang mempunyai masalah mengenai subjek/kursus yang akan diambil pada semester ini, sila berjumpa dengan Ketua Program, Norliza Omar atau Puan Yusarina.
Waktu Konsultasi :
10.00am - 12.00 pm
2.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Bilik Makmal Tingkat 12

Perhatian:
Makmal komputer di tingkat 12 (berhadapan dengan surau) disediakan bagi pelajar yang ingin mendaftar/gugur kursus. Printer juga disediakan bagi menyenangkan pelajar mencetak 2 salinan pendaftaran kursus.

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang masalah (semua subjek didaftarkan dalam kumpulan yang sama, anda boleh terus ke kaunter 1 bagi menyerahkan satu salinan pendaftaran kursus.

Sekiranya para pelajar yang mempunyai masalah iaitu ingin menukar kumpulan yang bercampur aduk, jadual waktu yang bercanggah dan sebagainya, sila cuba untuk mendaftar subjek anda semula di makmal tingkat 12. Sekiranya masih tidak berjaya, barulah mendapatkan perkhidmatan di kaunter 2 atau 3.

Sekiranya ada pelajar yang tidak pasti mengenai subjek yang akan diambil, sila rujuk kepada saya, Norliza Omar atau Puan Yusarina terlebih dahulu. Apabila subjek yang akan diambil telah dikenalpasti, anda boleh mendaftar sendiri di makmal yang disediakan. Jika masih tidak berjaya, barulah dapatkan perkidmatan di kaunter 2 atau 3.

Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan para pelajar serta ingin menjimatkan masa pelajar menunggu. Semoga para pelajar dapat mengikut arahan yang diberikan bagi memudahkan semua pihak. Kerjasama yang diberikan oleh para pelajar, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sumber: Blog KP

5 comments:

  1. seribu jee?
    kamink berjuta...hehe

    syed indera

    ReplyDelete
  2. cemane system baru nie ?? dlu kl clash xbole pon register ?? skang xde effect ape pon..register..register je..gile ke ??
    update blog..tp pkul bpe ?? 12 tghmlm ?? 5 pagi ?? sape yg korang aspect nnt bace dgn update kat blog nie ?? buat update kate bukak kaunter la ape la..org beratur pjg..tp once da jmpe..xnk layan..buat endah xendah..tah ape pnye system..bodoh ke hape..kelas clash..tp bukak kuota xnk..gile ke ?? camne nk gi kelas ?? jwpan korang just go ?? just go mane ?? go to hell..salah sape ?? salah org yg lmbat update blog ke ?? salah KP baru ke ??salah system korang yg ntah buat keje ke xbuat keje...???
    kl btul korg rase korg salah ke ape..u better fix the problem..n approve dis comment..just let everyone read it..
    brani kerane benar..
    jgn nk salah kan student..kitorang just GUNE system yg TAH APE PUNYE SYSTEM korg provide tue..
    then bile jadi ade faulty ke ape dgn system korg..make sure la take care bnde2 tue..ini x..siap bukak kaunter tah ape purpose die pon xtawu...bratur pjg gile..tp xnk layan..wat the hell ??????
    approve dis comment if u're really feel sorry to your student..im just apart of uitmstudent...
    i have right to speak wat right..thanx!!!

    ReplyDelete
  3. To: Anynomous

    Terima kasih atas aduan yang diberikan.

    Memang benar, kita as student adalah pengguna sistem bukannya pembuat sistem. Sebenarnya sistem sendiri adalah dibawah bahagian PSMB atau Pusat Sistem Maklumat Bersepadu.

    KP juga tertakluk kepada sistem tersebut dimana kadangkala sistem tersebut menyebabkan KP terpaksa mencari alternatif lain yang membolehkan pelajar mendaftarkan diri. Bukan untuk menyalahkan kita sebagai pelajar tetapi ada diantara kita bila mendaftar subjek tidak memikirkan orang lain, mendaftar ikut suka hati jadi sistem yang bermasalah menjadi semakin bermasalah.

    Namun apapun aduan yang tuan ajukan sebenarnya telah lama diperjuangkan oleh MPP namun kami hanyalah pendesak dan bukannya pembuat keputusan. Sistem yang disediakan PSMB ini sebenarnya yang menjadi masalah kita sekarang dan bukannya dari KP sendiri.

    Bukannya menyokong mana-mana pihak tetapi hanya agar kita tidak menghukum pihak yang tidak bersalah.

    Sekian.

    ReplyDelete
  4. Maaf kerana berkasar..
    tp sy berpendapat yg KP sedia ada..
    tidak menjalankan tugas dgn scara profesional lagipun..
    dan kami sbg student ?? juga awk jugak adalah student ..
    malahan ada antara kami yg xdpt memasuki kelas dsebab kan sistem yg bermasalah itu..
    btul salah student 'merojakkan' kelas..kami trima..dan kami ingin mgikut sistem uitm dgn mdaftar didalam satu kumpulan..
    tp ?? masih..KP sedia ada tidak mghirau kan masalah kami...
    Malahan "memerli" student dikhalayak ramai..itu adalah sgt tidak profesional bg seorang KP..wpun sy sndiri tidak mgalami sbrang masalah...tp sy sbg sebahagian daripada mereka ingin mympai wpun dgn scara tidak lgsung..ini lah keluhan student2 acc uitm...
    mgkin salah pelajar dan mgkin jugak salah sistem..dan mgkin juga salah KP..
    Tlg ..bertindak secara profesional..kami bukan lagi murid sekolah yg baru nk belajar mengira ke mmbaca..tq..

    ReplyDelete
  5. To: Anonymous

    Mungkin kita boleh duduk berbincang dengan cara yang bagaimana KP telah memalukan student di khalyak. Memang benar perbuatan tersebut tidak profesional, anda boleh mesej atau call saya di talian 019-6114217 kerana saya perlu tahu keadaan tersebut.Tq.

    ReplyDelete