Friday, January 22, 2010
Friday, January 15, 2010
Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011
Kepada semua pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Malaysia, pada 28 Januari akan diadakan pilihanraya kampus bagi memilih Jawatankuasa Perwakilan Pelajar atau MPP. Justeru itu anda disarankan agar turun ke lokasi-lokasi pilihanraya untuk memilih calon yang anda rasakan layak untuk membawa suara anda pada sesi 2010/2011 ini. Pilihlah calon berdasarkan pengalamannya dan janganlah kerana paras rupa semata-mata. Sekian.
Mohd Ashraf Mohd Zabidi
Pemangku Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Perakaunan Sesi 2010/2011
Posted by Ashraf Zabidi at 1:38 PM 0 comments
Labels: Fakulti
Saturday, January 9, 2010
Amanat Penutup MPP Fakulti Perakaunan 2009/2010
Assalamualaikum W.B.T.
Kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi kami kepercayaan untuk memimpin kepimpinan pelajar di fakulti sepanjang sesi 2009/2010. Sesungguhnya kami juga manusia biasa yang punya kelemahan, kami ingin menyusun sepuluh jari andai kata ada tindakan yang dilakukan sepanjang tempoh kami berkhidmat yang mengguris hati anda.
Terima kasih juga kepada pihak pengurusan fakulti terutama Dekan Fakulti Perakaunan, Prof Dr Ibrahim Kamal Abdul Rahman dan barisan pengurusan fakulti yang lain kerana telah banyak membantu kami dalam menjalankan tugas sebagai wakil pelajar. Aktiviti-aktiviti pelajar yang diadakan juga tidak akan sempurna tanpa bantuan daripada mereka.
Disini kami senaraikan beberapa perubahan yang dapat kami lakukan sepanjang perkhidmatan setahun kami di barisan kepimpinan pelajar fakulti sebagai MPP dan perubahan ini bukanlah 100% usaha kami sekiranya tiada pihak pengurusan yang sedia mendengar masalah pelajar yang sering kami keutarakan dan kami juga bersyukur ke hadrat Allah kerana tanpa kudratnya kami mungkin tidak akan mampu mengusahakan perubahan-perubahan ini. Antara perubahan yang dimaksudkan ialah:
1. Projek Penggantian Kerusi Dewan Kuliah
Sebenarnya masalah kerusi dewan kuliah yang kebanyakannya rosak ini telah lama diperjuangkan dan Alhamdulillah pada tempoh perkhidmatan kami, projek ini dapat dijalankan setelah beberapa kali tertangguh. Diharapkan agar para pelajar menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaiknya.
2. Mewujudkan Student Centre Di Tingkat 8
Sebenarnya student centre telah mula diwujudkan sejak 2 tahun yang lepas namun ramai pelajar yang masih belum tahu bahawa tingkat 8 adalah tingkat student centre maka di tempoh perkhidmatan kami, kami berusaha untuk menaikkan papan notis yang tertera Student Centre Faculty Of Accountancy dan Alhamdulillah dengan bantuan pihak pengurusan projek ini dapat dilaksanakan.
Penambahan Buku-buku Rujukan Untuk Pelajar Di Kampus UiTM Puncak Perdana
Para pelajar perakaunan di Kampus Puncak Perdana seringkali menghadapi masalah kekurangan buku di perpustakaan yang ada. Maka kami dengan bantuan pihak PTAR telah berusaha untuk menambahkan buku yang ada dan Alhamdulillah projek penambahan buku ini telah diluluskan dan terlaksana. Semoga buku yang dibekalkan digunakan dengan sebaiknya oleh para pelajar dan para pelajar yang akan datang.
4. Penambahan Mesin ATM Di Kampus UiTM Puncak Perdana
Masalah ATM (Auto Teller Machine) di Puncak Perdana berlaku akibat daripada kewujudan satu sahaja mesin ATM disitu. Namun pada tempoh perkhidmatan kami dengan bantuan MPP Kampus Puncak Perdana dan Bahagian Bank Islam sendiri, satu lagi mesin ATM telah berjaya didapatkan dan Insyallah akan membantu para pelajar untuk mengeluarkan wang tanpa perlu beratur panjang sebagaimana sebelum ini.
5. Mewujudkan Blog MPP Fakulti Perakaunan
Atas dasar daripada pelajar untuk pelajar, kami berusaha untuk mengadakan sebuah blog khas fakulti iaitu sebagai sumber informasi untuk para pelajar fakulti secara online. Kami menadaptasikan cara yang digunakan oleh Ketua-ketua Program yang menggunakan blog sebagai sumber info kepada pelajar. Dengan cara ini juga kami dib barisan MPP dapat menjawab persoalan yang timbul dan sebarang keraguan dikalangan para pelajar. Semoga kesinambungan blog ini dapat diteruskan agar para pelajar sentiasa sedar usaha yang dilakukan oleh MPP yang mana bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai suatu sumber informasi dari pelajar kepada pelajar.
6. Merangkul Naib Johan Sukan Antara Fakulti UiTM Malaysia 2009
Alhamdulillah di bawah tempoh perkhidmatan kami dengan bantuan Saudara Izani, mantan-mantan MPP terdahulu, pengurus-pengurus dan ajk yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang, fakulti dapat merangkul kembali tempat kedua Sukan Antara Fakulti atau lebih dikenali sebagai SAF. Dengan kemenangan kita ini, kita dapat membuktikan betapa para pelajar fakulti perakaunan bukan sahaja hebat dimedan ‘balance sheet’ dan ‘income statement’ tetapi juga dilapangan sukan.
Kelemahan
Namun begitu ada juga kelemahan yang kami tidak mampu untuk mengubahnya dan diharapkan agar kepimpinan yang bakal dilantik pada pilihanraya akan datang akan dapat membaikinya ke arah melahirkan graduan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara kelemahannya ialah:
1. Sistem Lif Yang Selalu Rosak
Suatu masalah yang dihadapi turun temurun oleh para pelajar fakulti perakaunan. Usaha untuk mendapatkan servis lif pada setiap bulan telah kami mohon daripada pihak terlibat, namun konsep bila terantuk baru tergadah sentiasa sahaja diamalkan dan masalah tersebut juga dihadapi oleh pihak pengurusan fakulti sendiri. Apa yang kami harapkan agar pada tempoh yang akan datang, perkhidmatan servis lif setiap bulan akan dapat dilaksanakan dan semoga kemudahan yang diberikan ini digunakan oleh kita sebagai pelajar sebaiknya.
2. Kurangnya Aktiviti Pelajar Sepanjang Julai – Nov 2009 akibat Daripada H1N1
Sebenarnya banyak program yang dirancang sepanjang tempoh tersebut namun perancangan Allah membatasi segalanya. Akibat musibah H1N1, kita terpaksa membatalkan banyak program dan banyak program yang berkonsepkan tahunan seperti Accountancy Day terpaksa dibatalkan dan akan diadakan pada bulan Mac ini dengan kerjasama daripada MICPA Insyallah.
3. Sistem Pendaftaran Subjek
Masalah pada sistem portal sewaktu pendaftaran subjek dan keputusan peperiksaan ini sebenarnya memang menyukarkan para pelajar bukan sahaja fakulti malah universiti ratanya. Walaupun telah banyak kali aduan daripada pihak MPP dan pihak fakulti kepada pihak bertanggungjawab dibuat namun usaha tersebut bagai mencurah air ke daun keladi, sistem yang bermasalah menjadi semakin bermasalah dan masalah tersebut akan menjadi lebih serius andai kata tidak diperbaiki menjelang target enrolmen 200,000 pelajar menjelang 2015.
Masalah pada sistem portal sewaktu pendaftaran subjek dan keputusan peperiksaan ini sebenarnya memang menyukarkan para pelajar bukan sahaja fakulti malah universiti ratanya. Walaupun telah banyak kali aduan daripada pihak MPP dan pihak fakulti kepada pihak bertanggungjawab dibuat namun usaha tersebut bagai mencurah air ke daun keladi, sistem yang bermasalah menjadi semakin bermasalah dan masalah tersebut akan menjadi lebih serius andai kata tidak diperbaiki menjelang target enrolmen 200,000 pelajar menjelang 2015.
4. Kesukaran Untuk Wakil Pelajar Di Puncak Perdana Untuk Mendapatkan Dana Tabung Amanah
Sebenarnya masalah ini berpunca daripada MPP sendiri yang kurang turun ke Puncak Perdana untuk memperolehi boring tabung amanah akibat daripada komitmen dan tanggungjawab hakiki kami sebagai pelajar. Masalah ini menyebabkan ada aktiviti pelajar yang diadakan di Puncak Perdana terpaksa menggunakan duit para pelajar. Kami menyeru kepada kepimpinan yang baru agar menggunakan email sebagai medan untuk serahan borang-borang tabung amanah ini agar lebih banyak aktiviti dapat dijalankan di Puncak Perdana. Kami di barisan MPP juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Meor Mustaqim dan barisan kepimpinan pelajar Fakulti Perakaunan Kampus Puncak Perdana kerana telah banyak membantu dalam mengorganisasikan aktiviti-aktiviti pelajar seiring dengan aktiviti-aktiviti pelajar di induk.
Akhir kata daripada kami, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan sekretariat MPP atau SMF dan persatuan-persatuan dalaman kerana telah membantu kami sepanjang tempoh perkhidmatan kami dan sekali lagi kami menyusun sepuluh jari andai kata kelemahan dan kesilapan disepanjang perkhidmatan kami mengguris hati anda dan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari diri kami sendiri. Dan kami juga menyeru anda agar sama-sama turun ke pilihanraya MPP yang akan datang dan pilihlah calon yang anda rasakan layak untuk membawa suara ketidakpuashatian anda ke peringkat fakulti seterusnya universiti inyallah.
Berkhidmat Untuk Nusa, Bangsa Dan Negara
Sekian
Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi & Sahisal Azira Binti Mat Said
Majlis Perwakilan Pelajar
Fakulti Perakaunan UiTM Malaysia
Sesi 2009/2010
Posted by Ashraf Zabidi at 5:16 AM 0 comments
Sunday, January 3, 2010
PEMBETULAN: PENDAFTARAN KURSUS (TERBARU)
Disebabkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, perjalanan pendaftaran untuk esok (4 Januari) terpaksa diubah dan kelas diadakan seperti biasa. Kami memohon seribu kemaafan berikutan perubahan ini yang dibuat atas arahan yang terbaru oleh Pihak KP sendiri. Sekian.
Perkhidmatan Kaunter Pendaftaran Kursus Pelajar
Bagi membantu melicinkan perjalanan pendaftaran kursus, pihak Fakulti Perakaunan akan menyediakan kaunter perkhidmatan pendaftaran kursus pelajar seperti butiran berikut:-
Tempat:
Tingkat 12, berhadapan dengan Bilik Mesyuarat Fakulti Perakaunan
Tarikh:
4 - 6 Januari 2010
Masa :
10.00am - 1.00pm - Part 4 dan 5
2.00pm - 5.00pm - Part 6,8,9 & 10
Jenis Perkhidmatan kaunter yang disediakan:
Kaunter 1 - bagi pelajar yang tidak mempunyai masalah (pelajar mendaftar semua kursus dalam kumpulan yang sama)
Kaunter 2 & 3 - bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pendaftaran
kursus.
Para pelajar dinasihatkan agar mematuhi arahan yang diberikan bagi pendaftaran kursus seperti dibawah:-
* Jika anda mendaftar satu kursus/subjek dalam kumpulan D (sbg contoh) maka anda perlulah mendaftar kesemua subjek yang diambil dalam kumpulan yang sama (Kumpulan D)kecuali bagi mereka yang mengulang subjek (repeaters). Bagi yang repeaters, sila rujuk kepada email terdahulu kerana kumpulan subjek yang repeat telah diperuntukkan kepada anda.
* Sekiranya anda telah mendaftar dalam kumpulan yang bercampur-aduk, maka anda perlulah mengugurkan semula kursus/subjek dalam kumpulan yang bercampur-aduk itu, dan mendaftar semula dalam kumpulan yang sama. Bagi pelajar yang mengulang, anda dibenarkan untuk mengambil subjek repeat dalam kumpulan yang berlainan iaitu dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Perkara ini merupakan atas arahan Dekan Fakulti Perakaunan.
* Setelah berjaya mendaftar kursus tersebut, anda diminta untuk mencetak salinan daftar kursus sebanyak 2 salinan, dan perlulah menyerahkan satu salinan ke kaunter 1 bagi mendapatkan pengesahan pensyarah yang bertugas. Satu salinan lagi akan disimpan oleh pelajar itu sendiri.
* Bagi pelajar yang mempunyai masalah mengenai subjek/kursus yang akan diambil pada semester ini, sila berjumpa dengan Ketua Program, Norliza Omar atau Puan Yusarina.
Waktu Konsultasi :
10.00am - 12.00 pm
2.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Bilik Makmal Tingkat 12
Perhatian:
Makmal komputer di tingkat 12 (berhadapan dengan surau) disediakan bagi pelajar yang ingin mendaftar/gugur kursus. Printer juga disediakan bagi menyenangkan pelajar mencetak 2 salinan pendaftaran kursus.
Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang masalah (semua subjek didaftarkan dalam kumpulan yang sama, anda boleh terus ke kaunter 1 bagi menyerahkan satu salinan pendaftaran kursus.
Sekiranya para pelajar yang mempunyai masalah iaitu ingin menukar kumpulan yang bercampur aduk, jadual waktu yang bercanggah dan sebagainya, sila cuba untuk mendaftar subjek anda semula di makmal tingkat 12. Sekiranya masih tidak berjaya, barulah mendapatkan perkhidmatan di kaunter 2 atau 3.
Sekiranya ada pelajar yang tidak pasti mengenai subjek yang akan diambil, sila rujuk kepada saya, Norliza Omar atau Puan Yusarina terlebih dahulu. Apabila subjek yang akan diambil telah dikenalpasti, anda boleh mendaftar sendiri di makmal yang disediakan. Jika masih tidak berjaya, barulah dapatkan perkidmatan di kaunter 2 atau 3.
Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan para pelajar serta ingin menjimatkan masa pelajar menunggu. Semoga para pelajar dapat mengikut arahan yang diberikan bagi memudahkan semua pihak. Kerjasama yang diberikan oleh para pelajar, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sumber: Blog KP
Sumber: Blog KP
Posted by Ashraf Zabidi at 7:02 AM 5 comments
Saturday, January 2, 2010
PENGUMUMAN: PENDAFTARAN KURSUS
Kepada semua pelajar Normal Trek Fakulti Perakaunan, anda DIWAJIBKAN hadir pada sesi Pendaftaran Kursus, butiran adalah seperti berikut:
Tarikh: 4 Januari 2010 (Isnin)
Tempat: Tingkat 12 Menara SAAS
Sesi Pagi
Pelajar: Semester 2, 3 dan 4 Sahaja
Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Sesi Petang
Pelajar: Semester 5,6 dan 8 sahaja
Masa: 2.00 petang - 5.00 petang
* Perhatian: Sila bawa Slip Pendaftaran Kursus (2 salinan) dan sila bawa kad matrik.
Dukacita dimaklumkan bahawa semua kelas pada hari tersebut dibatalkan.
Sekian
Arahan
Prof Dr Ibrahim Kamal Abdul Rahman
Dekan Fakulti Perakaunan
UiTM Malaysia
Sekian
Arahan
Prof Dr Ibrahim Kamal Abdul Rahman
Dekan Fakulti Perakaunan
UiTM Malaysia
Posted by Ashraf Zabidi at 9:42 PM 0 comments
Thursday, December 31, 2009
SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU DAN SELAMAT KEMBALI KEPADA PELAJAR LAMA
Kepada semua pelajar baru khususnya pelajar baru fakulti perakaunan, kami di peringkat MPP, SMF dan kepimpinan persatuan mengucapkan selamat datang dan semoga anda mengekalkan momentum kejayaan akademik anda di universiti ini.
Kepada pelajar lama, semoga semester ini dapat menghasilkan kejayaan yang lebih baik daripada sebelum ini dalam melahirkan individu yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah gemilang dari segi kokurikulum dan gemilang dari segi kerohanian dan kepimpinan. Insyallah.
Sekian.
Posted by Ashraf Zabidi at 3:05 AM 0 comments
Labels: Semester
Saturday, December 26, 2009
Masalah Pendaftaran Online
Pendaftaran Kursus sesi Januari - April 2010
Untuk makluman para pelajar, sistem isis mengalami masalah teknikal. Sehubungan itu, para pelajar dinasihatkan untuk mencuba semula mendaftar kursus pada hari Isnin (28 Disember 2009).
Para pelajar juga diminta menyemak maklumat penting seperti berikut:-
1. Program UEM
Kumpulan : AC2204A
- Kumpulan ini dikhaskan untuk pelajar yang terlibat dengan program UEM sahaja
2. Kumpulan AC2204P
- kumpulan ini dikhaskan kepada pelajar yang repeat AUD390 sahaja
3. Kumpulan AC2206Q
- Kumpulan ini dikhaskan kepada pelajar yang repeat FAR430 sahaja
4. Kumpulan AC2208P
- Kumpulan ini dikhaskan kepada pelajar yang repeat FAR500 sahaja
5. AIS630
Kumpulan AC2206P
- untuk kod AIS630, sila daftar dalam kumpulan berikut:-
kumpulan AC2206E atau AC2206H atau AC2206K atau AC2206L
Kumpulan AC2206Q - untuk kod AIS630, sila daftar dalam kumpulan berikut:-
kumpulan AC2206A atau AC2206D atauAC2206G atau AC2206M
Untuk makluman para pelajar, sistem isis mengalami masalah teknikal. Sehubungan itu, para pelajar dinasihatkan untuk mencuba semula mendaftar kursus pada hari Isnin (28 Disember 2009).
Para pelajar juga diminta menyemak maklumat penting seperti berikut:-
1. Program UEM
Kumpulan : AC2204A
- Kumpulan ini dikhaskan untuk pelajar yang terlibat dengan program UEM sahaja
2. Kumpulan AC2204P
- kumpulan ini dikhaskan kepada pelajar yang repeat AUD390 sahaja
3. Kumpulan AC2206Q
- Kumpulan ini dikhaskan kepada pelajar yang repeat FAR430 sahaja
4. Kumpulan AC2208P
- Kumpulan ini dikhaskan kepada pelajar yang repeat FAR500 sahaja
5. AIS630
Kumpulan AC2206P
- untuk kod AIS630, sila daftar dalam kumpulan berikut:-
kumpulan AC2206E atau AC2206H atau AC2206K atau AC2206L
Kumpulan AC2206Q - untuk kod AIS630, sila daftar dalam kumpulan berikut:-
kumpulan AC2206A atau AC2206D atauAC2206G atau AC2206M
Sumber: Blog Ketua Program AC220
Justeru itu, para pelajar diharap dapat bersabar menunggu sehingga sistem kembali pulih seperti sediakala dan kami di peringkat MPP Perakaunan sedang berkira-kira baik dan buruk untuk menghasilkan suatu memorandum cadangan kepada Tan Sri Dato Seri Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Akademik & Pengantarabangsaan dalam memastikan sistem ini tidak lagi mengalami masalah yang sama pada masa akan datang kerana masalah ini selalu sangat terjadi yang menyukarkan para pelajar apabila menggunakan sistem ini. Insyallah.
Justeru itu, para pelajar diharap dapat bersabar menunggu sehingga sistem kembali pulih seperti sediakala dan kami di peringkat MPP Perakaunan sedang berkira-kira baik dan buruk untuk menghasilkan suatu memorandum cadangan kepada Tan Sri Dato Seri Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Akademik & Pengantarabangsaan dalam memastikan sistem ini tidak lagi mengalami masalah yang sama pada masa akan datang kerana masalah ini selalu sangat terjadi yang menyukarkan para pelajar apabila menggunakan sistem ini. Insyallah.
Posted by Ashraf Zabidi at 12:12 AM 3 comments
Labels: KP
Subscribe to:
Posts (Atom)



