Sunday, December 13, 2009

Soalan-Soalan Berkenaan Keputusan Peperiksaan



Salam

Berikut adalah soalan dan jawapan yang diberikan oleh Puan Nurliza ketika perjumpaan saya dengan beliau pada pagi tadi.
1.  Kenapa keseluruhan para pelajar kelas ACB5D tidak lulus subjek MAF620?
Sebenarnya sistem student portal kita sendiri menghadapi masalah yang mana ada pelajar yang sepatutnya mendapat gred lulus, mendapat gred gagal. Yang mana kesimpulannya, keputusan untuk MAF620 itu bukanlah yang sebenar dan memerlukan masa untuk sistem kembali seperti biasa dan cadangan saya agar wakil kelas ini berjumpa dengan pensyarah tersebut untuk mengetahui keputusan.
2.  Mengapa saya tidak boleh melihat keputusan saya walaupun telah pun membayar yuran?
Sebenarnya ini juga merupakan masalah sistem, alhamdulillah sistem sudah boleh diakses semula. Kepada pelajar yang belum akses kepada keputusan sila akses seperti biasa di student portal.

3. Adakah kelas bebas dipilih pada semester hadapan?
Menurut KP, kelas boleh dipilih mengikut pilihan tetapi ada beberapa kelas telah pun dikhaskan contohnya kelas L untuk pelajar yang pernah gagal FAR 400, dan kelas-kelas yang lain sehingga sekarang adalah bebas untuk dipilih.
4. Adakah pre registration akan dibuka semula?
Ya, pre registration akan dibuka semula pada 21/12/2009 maka sesiapa yang belum lagi membuat registration
sila berbuat demikian pada tarikh yang disebutkan.
5. Adakah sistem gagal satu subjek FAR, masih membuatkan pelajar tidak boleh mengambil 2 subjek FAR sekaligus contohnya mengambil subjek FAR315& FAR400 sekaligus?
Sehingga sekarang sistem satu subjek FAR pada satu semester diteruskan kecuali dengan kepada pelajar semester kelapan.
Jawapan diatas adalah jawapan yang diberikan kepada saya, sebarang pertanyaan lain anda boleh berhubung dengan Ketua Program Normal Trek, Puan Nurliza dan En Ezrein bagi Fast Trek. Namun saya diingatkan oleh kedua-dua KP agar mengingatkan kepada para pelajar yang mahu hubungi mereka, seboleh-bolehnya  hubungi mereka di dalam waktu pejabat kerana akan memudahkan urusan berbanding di luar waktu pejabat.

Sekian

Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Perakaunan

No comments:

Post a Comment