Wednesday, November 25, 2009

PROJEK PENAIKTARAFAN TINGKAT 8, 10 & 11



Pada hujung tahun ini fakulti akan menaiktarafkan tingkat 8, 10 &11 yang mana kini projek tersebut sedang berjalan di tingkat 8. Tingkat 8 dijangka siap pada bulan 12 ini dan seterusnya akan disambung oleh tingkat 10. Manakala projek penaiktarafan tingkat 11 telah pun diadakan seawal bulan September yang lepas. Semua projek ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac tahun 2010.

Diharapkan selepas projek penaik tarafan ini siap ia akan menjadikan tempat para pelajar untuk belajar lebih selesa dan dinamik dalam melahirkan graduan berjaya dengan lebih ramai.

Selepas ini fokus kami selaku Majlis Perwakilan Pelajar di fakulti mungkin lebih kepada lif yang keadaannya semakin hari semakin uzur dan tenat namun kos penukaran lif ini yang terlalu tinggi menyebabkan adalah suatu halangan untuk fakulti menyediakan lif yang lebih baru. Namun dengan kerja-kerja penyelengaraan yang kadangkala lambat menyebabkan lif-lif menjadi masalah kepada para pelajar untuk ke kelas. Walau apapun kami akan cadangkan kepada pihak pengurusan teknikal dan logistik universiti agar lebih efisyen membaiki lif yang sedia ada ini.

Sekian.

Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Malaysia

3 comments:

  1. Muhamad Haikal Idris - Pelajar tahun akhirNovember 28, 2009 at 2:00 AM

    Alhamdulillah... MPP account dibawah pimpinan saudara asyraf nampak lebih berfungsi jika hendak dibandingkan dengan MPP sebelumnya. tahniah saya ucapkan.

    sekadar pertanyaan, bagaimanakah dengan masalah parking student yang dihadapi sekarang ini? mungkin pemusatan parking dipadang kawad tampak dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas didalam uitm. dan mungkin juga ia tidak membebankan bagi pelajar fakulti berdekatan dengan padang kawad. Pada pendapat saya, ia membebankan pelajar fakulti perakaunan yg duduk diluar dan terpaksa memandu ke uitm. sudah lah penat memandu,ditambah pula mereka perlu meletak kenderaan di padang kawad, dan menaiki bas utk ke fakulti. ini bukan sahaja memenatkan bahkan juga kos sara hidup pelajar meningkat kerana terpaksa berbelanja lebih utk tambang bas. ini juga menggalakkan gejala ponteng kelas kembali berleluasa dikalangan pelajar. diharap pihak saudara asyraf dapat membawa perkara ini ke tengah bagi mencari penyelesaian terbaik..

    insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Saudara Haikal Idris,

    Terima kasih diatas keperihatinan pihak Saudara. Kami di peringkat Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti akan memastikan keberkesanan MPP akan dapat terus ditingkatkan agar kebajikan pelajar terus dijaga.

    Untuk pengetahuan pihak saudara, perkara ini telah pun beberapa kali diajukan kepada pihak-pihak bertangunggjawab antaranya:

    1) Prof Dato Dr Nasuddin Othman
    Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni

    2) Prof Dr Rusmin Talib
    Pengarah Pemabangunan Pelajar UiTM Malaysia

    3) dan Pihak-pihak Berkaitan

    Tentang perkara tersebut yang mana polisi ini dijalankan sebenarnya adalah sebagai langkah awal UiTM untuk menampung 200,000 orang pelajar menjelang tahun 2015. Sekiranya dasar ini lambat dijalankan UiTM kemungkinan besar akan menghadapi masalah kronik pada masa tersebut.

    Untuk pengetahuan saudara juga parking di Kolej Seroja boleh digunakan sebagai parking pelajar namun saudara perlu datang awal kerana parking di tempat tersebut amatlah terhad. Andai kata ada pengawal keselamatan yang tidak membenarkan anda parking di situ, sila minta dia rujuk kembali kepada Ketua Pegawai Keselamatan UiTM Malaysia, Kolonel Razali.

    Namun begitu hal ini akan kami terus bawakan ke tengah demi untuk kebajikan para pelajar fakulti khasnya dan universiti amnya.

    Sekian

    Majlis Perwakilan Pelajar
    Fakulti Perakaunan

    ReplyDelete
  3. terima kasih diatas pertimbangan dan usaha yg diberikan oleh saudara asyraf. saya berpuas hati dengan jawapan yg diberikan dan saya yakin dari semase ke semase saudara asyraf akan cuba memperbaiki keadaan yang sedia ada. semoga bakal2 mpp selepas ini akan mencotohi kepimpinan saudara asyraf.

    ReplyDelete