Thursday, September 10, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Kami dari Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat Mahasiswa Fakulti, ABACCS, AFTAS dan APACCS mengucapkan:

Naik AirAsia pergi ke Pekan,
Singgah di KLIA pergi berdansa,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Kami hanyalah manusia biasa.

Di mana kan ku cari si ayam kampung,
Apabila sudah pun di pagi raya,
Berhati-hati pulang ke kampung,
Bila memandu di hari raya.

Di mesyuarat tabung amanah bertemu dekan,
Macam-macam kertas kerja yang diminta,
Selamat hari raya diucapkan,
Maaf zahir dan batin juga kami pinta

Nyanyi lagu satu hari di hari raya,
Walau sumbang kita still mencuba,
Jangan lupa pulang ke fakulti selepas raya,
Kerana peperiksaan akhir menjelang tiba.

No comments:

Post a Comment